bank soalan n latihan pendidikan islam

Wednesday 30 March 2011

Pertandingan syarahan

PERATURAN PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA ( MENENGAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  2010


1. PENYERTAAN

1.1.1. Pertandingan terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah  ( Tingkatan Peralihan Hingga  Tingkatan 5 ) Institusi Pendidikan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan  Kerajaan ( SABK ).

1.1.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar  seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja.

2. PEMILIHAN TAJUK SYARAHAN

2.1. Setiap peserta dibenarkan memilih satu tajuk sahaja berdasarkan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.Tajuk yang lain tidak dibenarkan sama sekali.

2.2. Guru sekolah yang mengambil bahagian menyediakan teks untuk pelajar mereka.


3.MASA SYARAHAN

3.1. Masa setiap  peserta untuk menyampaikan syarahan ialah 8 minit.

3.2. Masa dikira daripada  peserta mula bercakap  dan markah tidak akan dikira  syarahan  yang melebihi tempoh 8 minit .


4. PAKAIAN PESERTA

4.1.Pakaian  peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut :

Lelaki :
Berpakaian kebangsaan  ( bersamping dan songkok ) yang lengkap  dan berkasut.

Perempuan :
Berbaju kurung dan bertudung  yang sempurna dan berkasut.

#Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan dan Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
# Pakaian sekolah  digalakkan




5. PEMARKAHAN

5.1. Terdiri dari tiga bahagian :

5.1.1  Isi                                   - 40 markah

5.1.2. Penyampaian                   - 30 markah
          ( Gaya/ Kelancaran )

5.1.3.Bahasa                             - 30 markah


1 comment: