PERATURAN PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA ( MENENGAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010
1. PENYERTAAN
1.1.1. Pertandingan terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah ( Tingkatan Peralihan Hingga Tingkatan 5 ) Institusi Pendidikan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ).
1.1.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja.
2. PEMILIHAN TAJUK SYARAHAN
2.1. Setiap peserta dibenarkan memilih satu tajuk sahaja berdasarkan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.Tajuk yang lain tidak dibenarkan sama sekali.
2.2. Guru sekolah yang mengambil bahagian menyediakan teks untuk pelajar mereka.
3.MASA SYARAHAN
3.1. Masa setiap peserta untuk menyampaikan syarahan ialah 8 minit.
3.2. Masa dikira daripada peserta mula bercakap dan markah tidak akan dikira syarahan yang melebihi tempoh 8 minit .
4. PAKAIAN PESERTA
4.1.Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut :
Lelaki :
Berpakaian kebangsaan ( bersamping dan songkok ) yang lengkap dan berkasut.
Perempuan :
Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan berkasut.
#Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan dan Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
# Pakaian sekolah digalakkan
5. PEMARKAHAN
5.1. Terdiri dari tiga bahagian :
5.1.1 Isi - 40 markah
5.1.2. Penyampaian - 30 markah
( Gaya/ Kelancaran )
5.1.3.Bahasa - 30 markah
tolong post syarahan bidang adab kpd saya..
ReplyDelete